Commercial Partner

Add Entry
Search

Vote Us


Best Malaysian Sites
Home arrow News arrow Latest arrow Dewan Tertinggi Belia NS akan diwujudkan
Dewan Tertinggi Belia NS akan diwujudkan PDF Print

 UTUSAN MALAYSIA (25 MEI 2009)

SEREMBAN 24 Mei - Dewan Tertinggi Belia Negeri Sembilan yang dicadangkan penubuhannya akan berperanan sebagai 'perancang' yang berkeupayaan menggerakkan aktiviti belia di negeri ini secara lebih tersusun.

Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS), Wan Mohd. Fazamy Azwandy Mohd. Razalli berkata, dewan berkenaan akan dianggotai oleh kesemua pengerusi persatuan belia di negeri ini untuk memberikan idea dan pandangan cara terbaik memperkasakan belia.

''Kesemua 23 pengerusi dalam gabungan MBNS akan duduk dalam Dewan Tertinggi itu, bersama-sama mengemukakan idea, pandangan dan gerak kerja dalam memastikan hala tuju yang sebenar," katanya sebaik dipilih sebagai Presiden MBNS pada Mesyuarat Agung MBNS ke-38 di Klana Resort di sini hari ini.

Beliau menggantikan Khaidir Jamal yang telah mencecah usia 40 tahun. Hadir sama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali dan 128 perwakilan daripada 23 ahli gabungan MBNS.

Kata Wan Mohd. Fazamy, selain perkara itu juga beliau turut mencadangkan diwujudkan Majlis Presiden yang dianggotai oleh bekas Presiden dan Timbalan Presiden yang bertindak sebagai penasihat kepada MBNS.

''Tenaga dan idea, serta nasihat daripada bekas Presiden dan Timbalan Presiden ini penting untuk memastikan perjuangan terdahulu disambung dengan baik dan pada masa yang sama penambahbaikan akan dilakukan oleh kepimpinan sekarang," tegasnya.

Pada masa yang sama juga, Wan Mohd. Fazamy berkata, angka semasa yang mencatatkan cuma sekitar 10 peratus belia di negeri ini berpersatuan akan dipertingkatkan kepada 60 peratus seperti disarankan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

''Belia berhadapan cabaran besar dan sering dituduh membawa masalah dalam masyarakat. Kita sedar perkembangan itu dan benarlah kajian yang kita buat menunjukkan belia berpersatuan tidak berhadapan masalah.

''MBNS akan memperbetulkan 'kelonggaran' dalam aktiviti dan memberi fokus yang betul dalam usaha penambahbaikan.

''Kita akan menambah ahli dan pada masa sama 23 ahli gabungan akan bersama-sama menggerakkan aktiviti tanpa henti secara 'rali' bagi memastikan belia tanpa arah tuju ini mendapat manfaat sepanjang masa," katanya.

Wan Mohd. Fazamy juga menjelaskan sistem penyampaian akan diperkemaskan dan pada masa yang sama menjalinkan hubungan erat dengan pihak media supaya saluran maklumat aktiviti dapat diketahui sehingga ke peringkat akar umbi.

Pada mesyuarat agung yang berlangsung hari ini, MBNS mencipta sejarah apabila semua jawatan itu telah dimenangi sebulat suara tanpa sebarang pertandingan.

(Buat grafik)

AHLI JAWATANKUASA MAJLIS BELIA NEGERI SEMBILAN 2009-2011

Pengerusi Tetap: Md. Izzuddin Mohd. Shah

Timbalan Pengerusi Tetap: Mohd. Kamarul Ariffin Mohd. Wafa

Presiden: Wan Mohd. Fazamy Azwandy Mohd. Razalli

Timbalan Presiden: Khairolnezam Shaari

Naib Presiden: Wan Salwati Abdullah, Murali Kuppan, Nor Azamir Alias, Azizan Saad, Azizulhakim Azizan, Chua Chia Pin

Setiausaha: Jufitri Joha

Bendahari: Shabaruddin Ani

Jawatankuasa: Norazliana Nadri, Poon Foon Teen, See Toh Shan Yuen, Mohd. Zaini Abu, Ganesan Palaniappan, Fadhil Abdul Azis, Woon Chee Yong, Mahadzir Mustapa, Azham Abara Ahmad, Adha Fikris Mokhtar.

 
< Prev   Next >

More Informations

Advertisement

Seremban Maya @ Youtube

Image




logo
*hb  x nmpk 
[7/9 
14:33]  

*hb  
 

[7/9 
14:32]  

*hb  m 
[7/9 
14:32]  

*hb  jb 
[7/9 
14:32]  

*Guest  n  
[7/9 
14:32]  

*Abeeeel  eh, apa tu air suling? sama dengan air RO ker? 
[1/9 
17:52]  

*Lebih Jimat, Lebih Sihat -Air Suling   Distilled Water /Air Suling 5GALLON(19Liter) HANYA RM4.50 Shj Cash & Carry. Hanya di YHK Ent-7621316 
[1/9 
17:51]  

*Lebih Jimat, Lebih Sihat -Air Suling   AIR SULING 5GALLON 
[1/9 
17:49]  

*Lebih Jimat, Lebih Sihat -Air Suling   YHK ENTERPRISE D/A 99, JLN TOMAN 5, KEMAYAN SQUARE, S`BAN. TEL:7621316/7628313 -WAKTU PJBT 9AM-6P 
[1/9 
17:48]  

*Lebih Jimat, Lebih Sihat -Air Suling   YHK Enterprise 
[1/9 
17:47]  

Enter Name: 

Show Emoticons Enter Shout:

Characters: 


Polls